Belajar Renang

Pada mulanya tujuan sebenar belajar renang hanya lah untuk safety precaution. Sekarang dah jadi minat, sebab nampak penurunan berat badan …terutama bahagian perut.

Sekarang tidak  susah lagi untuk mendapatkan pakaian renang yang sesuai untuk muslimah. Sudah ada beberapa kedai yang menjual baju renang muslimah.  Boleh beli secara online juga di website http://www.wanisapparel.com/muslimswimwear.htm, design 1 harga di kedai antara RM280-RM380.

code_3.jpg

Ok.. sebenarnya nak kongsi pengalaman belajar renang ni.Seperti biasa rule sebelum masuk kolam mesti basahkan badan dulu , supaya tak terbuang air kecik dalam kolam. Heeeee.Saya dah banyak kali tertelan air kolam pada hari pertama belajar renang(yukks kalaulah ada orang terbuang air kecik atau sengaja buang air dalam kolam tuh…hmmm, alamatnya terminum air teh lah saya).

Saya tak pasti mutu air kolam di situ. Adakah mereka sentiasa membuat pemeriksaan berkala untuk memastikan mutu air kolam agar sentasa di ph yang normal?. Jika kadar PH tinggi boleh mengurangkan keberkesanan klorin menghapuskan kuman. Apa-apapun yang penting saya tak terkena diarrhea.

Hari pertama saya di kolam dengan kedalaman???? berapa meter ya? tak pasti….yang pasti kaki boleh jejak lantai.Nanti saya tanya pelatih berapa kedalam air.

Tanpa bantuan pelampung saya diajar tarik nafas dan tahan nafas. Terus apungkan diri dalam air .Tangan dan kaki mesti lurus. Goggle mesti pakai untuk mengelakkan eye irritation.

Belajar berkumpulan menyebabkan pelatih tidak boleh fokus pada kita semata-mata, jadi pandai-pandailah berdikari. Sambil tu pelajar yang dah mahir pun tolong ajarkan, taklah keseorangan.

“Relaks …jangan gelabah” itulah dialog pelatih pada hari pertama.

Tapi bila dah masuk dalam air…blupp…blupp..blupp..lemas!!!dah tak tenang dah. Gelabah tangan dan kaki nak ke permukaan air.

Tak putus asa lagi , cuba lagi….bluppp…blupp…blup…cuba lagi…
Dengan beberapa kali percubaan… saya sudah berjaya apungkan diri. Petua nya tak lain tak bukan ‘tenang….. enjoy’ selagi tak tenang susah nak belajar renang ni.
” Face the fear the more confident will grow” Langkah seterusnya belajar pergerakan tangan. Kaki lurus tangan je gerak.

“Kuak tangannnnnn………luruskannnn tangan kira 123….kuak tangan lagi…….luruskann tangannnn kira 123” . Pelatih bagi arahan.

Seterusnya belajar pergerakan kaki. Tangan lurus.

“tarikkk…tendang… tarikkk tendang” arahan pelatih sambil memegang kaki saya.

Dengan beberapa kali percubaan gaya pergerakkan kaki, saya belajar menggabungkan pergerakkan tangan dan kaki. Bukan senang nak gabungkan kedua-dua teknik nih.

“Kuak tangan kaki lurus…..luruskan tangan kaki tendang “. Arahan pelatih lagi. Alah bila dalam air fikiran dah kelain…teknik tak seimbang. Apa-apa ..practice make perfect.
Pada ibu-ibu atau adik-adik yang nak belajar berenang boleh belajar dengan saya ye.Hehe ..tapi kena tunggu saya habis belajar CPR dulu ye.
Bye…selamat belajar renang.
 

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: