Stock baju renang sold out

March 18, 2010

Assalamualaikum .

Nampaknya sudah lama saya tak update blog ini sejak saya berhijrah ke negara lain mengikut suami bekerja. Saya hampir terlupa katalaluan dan password, alhamdulillah setelah try and error..dapat juga buka blog ni:)

Kepada pelangggan yang sentiasa bertanyakan stock baru baju renang muslimah terbaru,  saya mohon maaf kerana  saya tidak dapat menyediakan stock baju renang muslimah yang  untuk tahun 2010 ini.

Kepada pelanggan yang benar-benar memerlukan baju renang muslimah, anda juga  boleh dapatkannya dengan mudah di Jusco dan Parkson . 

Selamat beriadah dan berenang….;)


In-stock New Design

December 7, 2007

Alhamdulillah, sekian lama penantian. Stock New Design (Plain colour) telah instock kembali dengan material spandex yang berkualiti. Warna telah diuji tidak turun warna dan tidak menggunakan bahan spandex yang nipis.

New design jenama ‘wanis’ sizenya adalah lebih besar sedikit berbanding dengan beberapa jenama yang lain. Zipnya dari jenama YKK bukan KTT.  Baju renang ini termasuk swimcap yang cantik, ringan dan selesa dipakai.

Untuk baju renang muslimah yang bermotif kami ambil jenama D’safa (swimcap labuh ke dada) dan Samira  (swimcap ada velcro) .Insya Allah tahun depan 2008 akan menambah stock untuk yang bermotif sekiranya ada corak yang menarik.  


New design muslimah swimswear – Why out of stock?

September 12, 2007

Alhamdulillah terdapat banyak permintaan untuk koleksi baju renang New Design , tetapi malangnya cepat sungguh out of stock. Kenapa ya?

Sebenarnnya saya amat gembira sekali apabila menerima stock baju renang motif polos ini, sebab ia di design oleh wanisapparel dan menggunakan jenama ‘wanis’. Tambahan pula pihak kilang berjaya menyiapkan tepat pada waktu yang ditetapkan.

Tetapi kegembiraan saya hanya sebentar saja,  sebahagian dari baju renang yang diterima menggunakan material spandex (lycra adalah brand name bagi spandex) yang turun warna. Sample yang diterima sebelum ini tidak turun warna. Inilah kali pertama saya mengalami masalah seperti ini . Material turun warna. Nasib baiklah saya buat ujikaji dulu, jika tidak saya akan mengecewakan ramai customer.   

Baju renang

Bukan tu sahaja, ada jahitan tertanggal dan label diletakkan terbalik.  Swimcap pun tak sama seperti sample yang diterima..tidak ada piping di muka, alasannya sukar untuk menjahitnya. Hmm..macam-macam… 

 wanis-swimcap.jpg  Muslimah swimcap Baju Renang Muslimah

Saya terpaksa memulangkannya kembali kepada pihak kilang. Saya tidak boleh menjualnya.  

 Ini gambar sebahagian baju renang motif polos yang direturn kembali kepada pihak kilang.  

return-item2.gif

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih  kepada customer yang telah buat pre-order sebelum ini kerana sudi menunggu lagi . 

Di website telah saya maklumkan out of stock tetapi masih ada juga yang mengisi borang purchase order form. Terima kasih banyak atas sokongan anda semua.

Status sekarang ini ialah:-  pihak kilang sedang berusaha mencari fabrik lycra dari supplier yang lain dan hanya boleh memproduksi selepas raya. Sekarang tumpuan mereka menyiapkan tempahan baju raya dan tudung.

Untuk baju renang yang bermotif  saya sedang menunggu masalah diatas  selesai dahulu, baru saya boleh membuat order untuk baju renang yang bermotif yang akan saya design lain dari sebelum ini.


Sample fabrik

July 30, 2007

fabrik-baju-renang-muslimah.jpg

Ini adalah antara sample fabrik spandex yang saya terima untuk dibuat penilaian.

Setiap sample yang diberikan mempunyai tahap elastic yang berbeza. Saya hanya memilih fabrik mengikut standard of quality yang saya mahu.


Panduan penjagaan baju renang Muslimah

July 20, 2007

bjrenangtag.jpg

Ramai pelanggan yang bertanyakan bagaimana penjagaan baju renang muslim (muslim swimwear) .  Saya tahu panduan diatas agak susah diikuti tambahan lagi apabila keletihan.   Jika tidak ikut arahan pakaian renang akan cepat pudar dan kadar elasticnya(stretch) akan berkurangan.

Seeloknya basuh baju menggunakan sabun mandi kerana air paip tidak akan menanggalkan klorin.


New design baju renang muslimah by wanis apparel

July 4, 2007

wanismuslimswimwear.jpg Coming Soon!!!

Baju renang ini design by wanisapparel. Atas permintaan customer saya design as one piece (blaus dan seluar dicantumkan dibahagian pinggang). Di bahagian dada, diletakkan layer spandex. Saya gunakan base colour hitam untuk menyamarkan bentuk badan.


Baju renang muslimah untuk kanak-kanak

June 29, 2007

Ramai pelanggan offline dan online  yang menanyakan baju renang muslim untuk anak-anak mereka.   Malangnya saya tidak dapat memenuhi keperluan mereka untuk waktu terdekat ini.

 Jadi saya syorkan melawat website  http://www.bajurenangmuslimah.com  untuk mendapatkan baju renang muslim untuk anak-anak.  Secara jujur  saya tak kenal dengan owner website ini, saja suka-suka membantu  rakan niaga. 

Saya teringat dengan tulisan saudara Razzi Armansur dalam buku ‘ Tukang gunting Jutawan’   . Menurutnya peniaga cina  saling bekerjasama walaupun menjual produk yang sama,  mereka tidak tamak kerana rezeki diturunkan oleh Allah kepada semua yang mahu berusaha bukan kepada diri kita sahaja.