Ramai pelanggan offline dan online yang menanyakan baju renang muslim untuk anak-anak mereka. Malangnya saya tidak dapat memenuhi keperluan mereka untuk waktu terdekat ini.
Jadi saya syorkan melawat website http://www.bajurenangmuslimah.com untuk mendapatkan baju renang muslim untuk anak-anak. Secara jujur saya tak kenal dengan owner website ini, saja suka-suka membantu rakan niaga.
Saya teringat dengan tulisan saudara Razzi Armansur dalam buku ‘ Tukang gunting Jutawan’ . Menurutnya peniaga cina saling bekerjasama walaupun menjual produk yang sama, mereka tidak tamak kerana rezeki diturunkan oleh Allah kepada semua yang mahu berusaha bukan kepada diri kita sahaja.