June 29, 2007
Ramai pelanggan offline dan online yang menanyakan baju renang muslim untuk anak-anak mereka. Malangnya saya tidak dapat memenuhi keperluan mereka untuk waktu terdekat ini.
Jadi saya syorkan melawat website http://www.bajurenangmuslimah.com untuk mendapatkan baju renang muslim untuk anak-anak. Secara jujur saya tak kenal dengan owner website ini, saja suka-suka membantu rakan niaga.
Saya teringat dengan tulisan saudara Razzi Armansur dalam buku ‘ Tukang gunting Jutawan’ . Menurutnya peniaga cina saling bekerjasama walaupun menjual produk yang sama, mereka tidak tamak kerana rezeki diturunkan oleh Allah kepada semua yang mahu berusaha bukan kepada diri kita sahaja.
Leave a Comment » |
Catatan Peribadi |
Permalink
Posted by bajurenangmuslimah
June 28, 2007
Saya baru sedar bahawa perkataan Burqini sebenarnya bukan nama lain untuk merujuk kepada baju renang muslimah @ pakaian mandi wanita islam .
Burqini sebenarnya merujuk kepada baju renang Ahiida . Ia direka khas oleh Aheda Zanetti. Ia sudah dijual sebanyak 9,000 kepada wanita di Sydney.
Mudah-mudahan saya berjaya sepertinya. Beliau bermula berniaga dari rumah juga, seperti saya. Baju renang muslimah yang dijual di web site wanisapparel.com bukan (Not) burqini. Saya juga ada koleksi burqini ni, tapi tak jual.
Saya belinya semasa saya sedang mencari baju renang yang menutup aurat untuk dipakai ketika belajar renang. Pada masa itu (2006) di pasaran hanya ada yang seksi. Sekarang sudah banyak baju renang muslimah di jual secara online.
Inilah koleksi burqini dan koleksi baju renang muslimah yang saya gunakan semasa belajar renang dan bermain dengan anak ketika di kolam renang.
Burqini

Baju renang muslimah

Leave a Comment » |
Catatan Peribadi |
Permalink
Posted by bajurenangmuslimah
June 17, 2007
Pada mulanya tujuan sebenar belajar renang hanya lah untuk safety precaution. Sekarang dah jadi minat, sebab nampak penurunan berat badan …terutama bahagian perut.
Sekarang tidak susah lagi untuk mendapatkan pakaian renang yang sesuai untuk muslimah. Sudah ada beberapa kedai yang menjual baju renang muslimah. Boleh beli secara online juga di website http://www.wanisapparel.com/muslimswimwear.htm, design 1 harga di kedai antara RM280-RM380.

Ok.. sebenarnya nak kongsi pengalaman belajar renang ni.Seperti biasa rule sebelum masuk kolam mesti basahkan badan dulu , supaya tak terbuang air kecik dalam kolam. Heeeee.Saya dah banyak kali tertelan air kolam pada hari pertama belajar renang(yukks kalaulah ada orang terbuang air kecik atau sengaja buang air dalam kolam tuh…hmmm, alamatnya terminum air teh lah saya).
Saya tak pasti mutu air kolam di situ. Adakah mereka sentiasa membuat pemeriksaan berkala untuk memastikan mutu air kolam agar sentasa di ph yang normal?. Jika kadar PH tinggi boleh mengurangkan keberkesanan klorin menghapuskan kuman. Apa-apapun yang penting saya tak terkena diarrhea.
Hari pertama saya di kolam dengan kedalaman???? berapa meter ya? tak pasti….yang pasti kaki boleh jejak lantai.Nanti saya tanya pelatih berapa kedalam air.
Tanpa bantuan pelampung saya diajar tarik nafas dan tahan nafas. Terus apungkan diri dalam air .Tangan dan kaki mesti lurus. Goggle mesti pakai untuk mengelakkan eye irritation.
Belajar berkumpulan menyebabkan pelatih tidak boleh fokus pada kita semata-mata, jadi pandai-pandailah berdikari. Sambil tu pelajar yang dah mahir pun tolong ajarkan, taklah keseorangan.
“Relaks …jangan gelabah” itulah dialog pelatih pada hari pertama.
Tapi bila dah masuk dalam air…blupp…blupp..blupp..lemas!!!dah tak tenang dah. Gelabah tangan dan kaki nak ke permukaan air.
Tak putus asa lagi , cuba lagi….bluppp…blupp…blup…cuba lagi…
Dengan beberapa kali percubaan… saya sudah berjaya apungkan diri. Petua nya tak lain tak bukan ‘tenang….. enjoy’ selagi tak tenang susah nak belajar renang ni.
” Face the fear the more confident will grow” Langkah seterusnya belajar pergerakan tangan. Kaki lurus tangan je gerak.
“Kuak tangannnnnn………luruskannnn tangan kira 123….kuak tangan lagi…….luruskann tangannnn kira 123″ . Pelatih bagi arahan.
Seterusnya belajar pergerakan kaki. Tangan lurus.
“tarikkk…tendang… tarikkk tendang” arahan pelatih sambil memegang kaki saya.
Dengan beberapa kali percubaan gaya pergerakkan kaki, saya belajar menggabungkan pergerakkan tangan dan kaki. Bukan senang nak gabungkan kedua-dua teknik nih.
“Kuak tangan kaki lurus…..luruskan tangan kaki tendang “. Arahan pelatih lagi. Alah bila dalam air fikiran dah kelain…teknik tak seimbang. Apa-apa ..practice make perfect.Pada ibu-ibu atau adik-adik yang nak belajar berenang boleh belajar dengan saya ye.Hehe ..tapi kena tunggu saya habis belajar CPR dulu ye. Bye…selamat belajar renang.
Leave a Comment » |
Catatan Peribadi |
Permalink
Posted by bajurenangmuslimah